Skip to main content

Usaha RLAF berjaya kumpul lebih $267,000 bagi pelarian

Sejumlah $267,000 telah berjaya dikumpulkan setakat ini bagi membantu pelarian Rohingya di Rakhine, Myanmar.

Usaha mengumpul dana yang diselaraskan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama masjid serata Singapura itu turut mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan agama lain termasuk Persekutuan Buddha Singapura (SBF) dan Perhimpunan Kerohanian Baha’i Singapura.