Skip to main content

Muslim Singapura derma lebih $340,000 kepada pelarian Syria

Masyarakat Islam Singapura menderma lebih $342,000 bagi membantu pelarian Syria di Jordan dan Lebanon dalam Ramadan, kata Yayasan Rahmatan Lil Amin (RLAF).

Inisiatif itu dilaksana dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), yang kini berada di kawasan itu.