Skip to main content

Hari Rahmatan Lil Alamin hargai usaha pekerja asing, lantunkan semangat perikemanusiaan.

SINGAPURA: Ruang interaksi dan pendedahan kepada budaya serta norma sosial sesebuah negara membantu warga asing untuk lebih mudah menyesuaikan diri serta berintegrasi dengan masyarakat tempatan.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah menekankan demikian setelah menyaksikan sendiri kemesraan yang terjalin antara penduduk Singapura dengan para pekerja asing sempena sambutan Hari Rahmatan lil Alamin pagi tadi (18 Nov).