Skip to main content

Para pemimpin belia tingkatkan keupayaan untuk memulakan perkhidmatan kemanusiaan dan kemasyarakatan

35 pemimpin belia dari lebih 10 kumpulan sukarelawan tempatan menghadiri bengkel khas anjuran Yayasan Rahmatan Lil ‘Alamin (RLAF), hari ini (18 Feb) dan semalam.

Dinamakan Mewujudkan Impak Sosial Melalui Projek Kemanusiaan, bengkel ini diadakan buat julung-julung kalinya dengan kerjasama badan kemanusiaan tempatan, Mercy Relief.