Media Centre > Jemaah S'pura terus hulur derma bantu mangsa tsunami Selat Sunda Jemaah S'pura terus hulur derma bantu mangsa tsunami Selat Sunda

 

4 January 2019

 

SINGAPURA: Semangat menderma dalam kalangan masyarakat Islam Singapura bagi membantu mangsa bencana di luar negara masih kekal utuh.

Ini dapat dilihat menerusi kutipan dana yang diadakan di masjid-masjid tempatan dengan orang ramai tampil untuk membuat sumbangan.

Ketika BERITAmediacorp ke Masjid Mujahidin hari ini (4 Jan) untuk menyaksikan sendiri kegiatan kutipan dana untuk mangsa tsunami di Selat Sunda, para jemaah kelihatan tidak putus-putus menghulurkan sedikit sumbangan selepas selesai solat Jumaat.

Read more from Berita Mediacorp..